Catatan Perjalanan \| FotoGrafik.My

Pesanan Ikhlas
Andai seseorang yang tak dikenali minta untuk diambil gambarnya; janganlah hampakan permintaan itu. Mungkin itu adalah gambar terakhirnya.



Membiasakan diri membuat 'cropping' melalui 'view finder' boleh menjadikan anda mahir dalam memilih subjek utama. Ia juga dapat memberikan anda peluang merakam lebih banyak foto dalam masa yang singkat.

Keseluruhan foto di atas dirakam dalam masa lebih kurang tujuh minit. Setiap satunya menggunakan 'focal length' yang berbeza-beza. Foto besar di bahagian tengah yang dirakam menggunakan 'focal length' 14mm (14-42mm) menunjukkan keadaan keseluruhan pemandangan matahari terbit dari sebuah jendela. Manakala foto-foto kecil telah dirakam dari tingkap yang sama menggunakan lensa-lensa berikut :

  • Zuiko Digital ED 14-42mm F3.5-5.6
  • Zuiko Digital ED 40-150mm F4.0-5.6

Antara Kelebihan membuat 'cropping' melalui 'view finder' berbanding menggunakan komputer :

  • Andai anda memilih 'setting' pada kamera adalah 10.0MP (Mega Pixel), maka setiap foto yang anda rakam menggunakan teknik ini pastinya mempunyai resolusi yang sama iaitu 10.0MP juga.
  • Kualiti imej digital adalah bergantung pada jumlah cahaya yang masuk melalui lensa. Andainya anda memilih 'mode : spot metering' (atau 'mode' yang lain) pada kamera; pastinya setiap foto yang dirakam menggunakan teknik ini mempunyai jumlah cahaya yang berbeza dan bacaan cahayanya adalah lebih tepat.
  • Sekiranya anda ingin membuat cetakan pada skala besar, kebarangkalian memperolehi imej yang 'pecah' atau 'kasar' (akibat penggunaan resolusi foto yang rendah) adalah lebih minima. Maka hasilnya adalah lebih halus dan cantik.

Walau bagaimana pun, andai anda mempunyai kamera tanpa kemudahan 'focal length' yang berbagai atau tanpa kemudahan 'zooming'; 'cropping' di komputer adalah alternatif terbaik. Untuk tujuan ini, anda perlulah memilih 'setting' resolusi paling tinggi agar imej yang bakal anda 'crop' nanti tidaklah terlalu rendah kualiti resolusinya.

Dari Abu Darda r.a katanya Rasullullah S.A.W bersabda:
"Orang-orang yang suka mengutuk tidak dapat memberi syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat".
(Sahih Muslim)

Dari Abu Darda r.a katanya Rasullullah S.A.W bersabda:
"Orang-orang yang suka mengutuk tidak dapat memberi syafaat dan memberi kesaksian pada hari kiamat".
(Sahih Muslim)

1834426
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sejak 05.03.2017
322
912
5109
7827
19885
1834426

IP Anda : 216.73.216.197
12-09-2026 14:49

Catatan Fotografer

Pengetahuan Am

Go to top