Garisan (line) merupakan unsur penting dalam setiap penghasilan imej fotografi. Dengan menggunakan garisan anda mampu menunjukkan keluasan, jarak dan perspektif pada satu-satu gambar. Garisan juga mampu memandu pandangan audien.
Terdapat berbagai jenis garisan di persekitaran kita, namun yang paling ketara adalah garisan melintang (horizontal), menegak (vertical) dan menyerong (diagonal). Jenis-jenis garisan lain termasuklah bengkang-bengkok, serabut, bulat, berpintal, beralun, bergerigi, 'zigzag' dan sebagainya.
Garisan Menyerong - sudut kiri bawah ke sudut atas atau seumpamanya :
Garisan menegak - atas ke bawah :
Garisan melintang - kiri ke kanan atau kanan ke kiri :