Andaikan anda berada pada satu situasi yang memerlukan penggunaan lensa "wide angle", sedangkan pada ketika itu anda tidak mempunyai lensa sebegitu. Apa perlu anda lakukan? Anda bolehlah gunakan teknik panorama dengan menggabung atau mencantumkan beberapa gambar menjadi satu.
Terdapat dua cara yang biasa diamalkan iaitu :
Cara 1
Rakaman imej secara melintang (horizontal) - Cara yang paling mudah dan cepat tetapi anda mungkin akan kehilangan banyak bahagian ketika kerja-kerja memangkas (crop) imej.
Cara 2
Rakaman imej secara menegak (vertical) - Cara yang paling digemari dan amat disyorkan kerana lebih banyak bahagian langit dan dataran dapat dirakam. Resolusi imej juga adalah lebih baik berbanding cara melintang.
Inilah hasilnya.
Seperti yang anda nampak dari contoh di atas, imej yang dirakam mempunyai basi (ruang tindihan) sebanyak 20% hingga 50% dari imej tersebut. Peratus ruang tindihan adalah bergantung kepada jenis lensa yang digunakan. Lensa normal (50mm) dan ke atas tidak memerlukan ruang tindihan yang banyak berbanding lensa 'wide angle'.
Kebiasaannya, ruang tindihan yang saya gunakan bagi 50mm - 300mm adalah 20%, manakala 50mm ke bawah adalah 50% ruang tindihan.