Pesanan Ikhlas
Andai seseorang yang tak dikenali minta untuk diambil gambarnya; janganlah hampakan permintaan itu. Mungkin itu adalah gambar terakhirnya.
Amatlah penting bagi seseorang jurufoto itu membuat persiapan awal sebelum memulakan kerja merakamkan suatu peristiwa. Bersedia dengan kelengkapan termasuk menyediakan sumber tenaga (bateri) bagi kamera dan 'flash', tripod, baju hujan (jika perlu), topi, tuala kecil untuk mengelap peluh dan sebagainya.
Bekalan untuk anda juga tidak kurang pentingnya termasuklah air minuman dan sedikit 'snack' untuk mengembalikan tenaga yang akan digunakan ketika beraksi merakamkan foto. Dapatkan juga 'pas kebenaran media' jika perlu. Kemudian jangan sesekali lupa untuk membuat tinjauan di tempat bertugas. Perbarisan Hari Kebangsaan misalnya; tinjauan di laluan perarakan, pentas VIP, tempat perasmian dan kawasan kontinjen perbarisan berkumpul amat perlu dilakukan selewat-lewatnya satu jam sebelum bermula. Sebaik-baiknya sehari sebelum hari perbarisan. Lihat apa yang ada. Carilah sudut-sudut yang menarik. Jangan hanya tertumpu pada satu-satu lokasi. Jika perlu rakamkan beberapa shot ketika itu. Sambil-sambil itu bertanyalah kepada yang tahu mengenai perjalanan majlis (ini benar-benar membantu) agar anda tidak akan tertinggal 'shot' yang penting.
Jawapannya amat mudah tetapi bersifat subjektif. Anda sudah boleh memulakan tugas sebaik saja keluar dari rumah atau tempat penginapan. Andai tugasan anda hari ini adalah Perbarisan Hari Kebangsaan, apa saja imej yang dirakam pada hari tersebut boleh membantu penceritaan keseluruhan suatu peristiwa.
Keadaan lalulintas, para petugas rasmi, para peserta, kumpulan pembersihan, para peniaga, para pengunjung, cuaca, bunga-bunga hiasan, 'banner', bendera dan banyak lagi subjek boleh dirakam. Namun harus sentiasa beringat dengan bekalan 'tenaga' dan kapasiti 'kad memori' yang anda ada.
Andai bateri dan kapasiti kad memori yang ada terhad, pilihlah situasi yang benar-benar menarik perhatian anda serta mampu juga menarik perhatian audien bagi foto anda. Lihat jumlah imej yang boleh dirakam pada kamera digital, pilihlah format yang sesuai untuk cetakan besar tetapi tidak terlalu besar. Kemudian bahagi-bahagikan jumlah imej kepada beberapa topik/peristiwa yang pada fikiran anda menarik. Langkah ini amat perlu, agar anda tidak kehabisan ruang ketika benar-benar memerlukannya.
Bagi menjimatkan penggunaan bateri, sebolehnya kurangkan kekerapan melihat semula rakaman yang telah dibuat. Penggunaan 'live view' juga boleh menyebabkan tenaga dalam bateri cepat merosot. Gunakan 'flash terbina dalam' ketika benar-benar perlu sahaja. Sebaik-baiknya gunakan 'flash' luar yang menggunakan bateri sel kering yang lain.
Pemilihan jarak fokus (focal length) yang sesuai mampu menghasilkan imej yang berbagai. Ia amat mempengaruhi jurang luas jarak fokus (depth of field). Ia juga mempengaruhi saiz dan komposisi antara satu subjek dengan subjek yang lain.
Adakalanya kita tidak begitu mengendahkan berapakah nilainya khususnya apabila membuat 'cropping' melalui 'view finder'. Ada ketikanya pula kita perlu memastikan nilainya dengan tepat khususnya ketika merakam foto untuk tujuan menjadikannya panorama, mengambil gambar potret, kerja-kerja penyalinan foto (copy work) dan sebagainya.
Subjek yang menarik berada di sekeliling kita. Terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana paling sesuai untuk anda. Malangnya ada subjek yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat, tetapi sering dipinggirkan atas alasan kurang standard atau tidak cantik.
Ambil contoh daripada foto-foto tertera di atas. Bagi sesetengah antara kita, subjek ini mengotorkan dan tidak menarik untuk dirakam. Tetapi bagi sesetengah yang lain berpendapat ia boleh menjadi suatu subjek yang berkesan terhadap pemikiran manusia. Kumpulan pembersihan pembandaran ini paling penting sebenarnya dalam proses kehidupan seharian. Fikirkan, tanpa mereka, apa akan jadi kepada keindahan alam sekitar kita. Berapa ramai antara kita yang sanggup mengutip bungkusan yang kita sendiri buang? Siapa pula yang sanggup membersihkan kekotoran yang kita buat?
Pekerjaan pembersihan bandaran ini bukanlah kerja kotor, sebaliknya pekerjaan menguruskan yang mampu menghasilkan sumber pendapatan yang halal dan menguntungkan. Andai anda bercita-cita menjadi wartawan foto, subjek sebegini perlu dikerapkan pengambilannya kerana ia akan membantu kemahiran (skill) fotografi anda.
Salah satu faktor untuk mendapatkan imej yang menarik adalah dengan memilih sudut (angle) rakaman yang sesuai. Artikel sebelumnya (Sentiasa Bersedia!) boleh dijadikan panduan tambahan bagi tajuk artikel ini.
Jangan malu-malu untuk memerhatikan orang lain. Kemudian fikirkan pula pandangan dari sudut yang berbeza. Fikirkan bagaimana pandangan kanak-kanak (sudut lebih rendah). Fikirkan pandangan dari mata burung (sudut yang tinggi atau lebih tinggi), pandangan orang di belakang kita (belakang jurufoto), pandangan orang di depan kita (dibelakang subjek) dan jangan sekali-kali lupa kaitkan apa yang ada untuk menguatkan maklumat yang hendak disampaikan dalam foto itu nanti.
Foto pertama dirakam dari sudut yang lebih tinggi (sama tinggi dengan pentas pendeklamasi sajak), sudut yang ketika itu agak sukar untuk dinaiki. Waktu ini, kesemua jurufoto yang ada tertumpu di hadapan pendeklamasi sajak. Sudut yang mereka ambil berlatarbelakangkan 'banner' yang tertera di pentas VIP. Amat jelas menunjukkan suasana ketika itu. Pun begitu, menyedari akan wujudnya 'banner' yang tergantung pada belon, pandangan dari sudut yang bertentangan juga mampu menyampaikan suasana ketika itu. Bersiap sedia dan nantikan detik yang sesuai.
Foto yang kedua pula dirakam dari sudut bawah ke atas. Ia bertujuan untuk menggabungkan perasmi dengan kumpulan belon yang baru dipotong talinya. Bagi yang punya lensa bersudut lebih luas (super wide angle lens), merakam dari sudut biasa (pandangan orang dewasa) boleh menampakkan semua itu. Namun yang hanya ada 'wide angle lens', pemilihan sudut pandangan amat penting.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Membiasakan diri membuat 'cropping' melalui 'view finder' boleh menjadikan anda mahir dalam memilih subjek utama. Ia juga dapat memberikan anda peluang merakam lebih banyak foto dalam masa yang singkat.
Keseluruhan foto di atas dirakam dalam masa lebih kurang tujuh minit. Setiap satunya menggunakan 'focal length' yang berbeza-beza. Foto besar di bahagian tengah yang dirakam menggunakan 'focal length' 14mm (14-42mm) menunjukkan keadaan keseluruhan pemandangan matahari terbit dari sebuah jendela. Manakala foto-foto kecil telah dirakam dari tingkap yang sama menggunakan lensa-lensa berikut :
Antara Kelebihan membuat 'cropping' melalui 'view finder' berbanding menggunakan komputer :
Walau bagaimana pun, andai anda mempunyai kamera tanpa kemudahan 'focal length' yang berbagai atau tanpa kemudahan 'zooming'; 'cropping' di komputer adalah alternatif terbaik. Untuk tujuan ini, anda perlulah memilih 'setting' resolusi paling tinggi agar imej yang bakal anda 'crop' nanti tidaklah terlalu rendah kualiti resolusinya.
Langkah 1
Langkah 2
Penggunaan 'shutter speed' yang rendah kebiasaannya untuk merakamkan aksi bunga api memerlukan kamera berada dalam kedudukan yang statik. Dalam situasi begini, penggunaan 'tripod' amat digalakkan.
Walau bagaimana pun, sekiranya tiada 'tripod' ketika itu, anda boleh meletakkan kamera di atas satu permukaan yang tidak bergerak seperti tembok, di atas beg, atau di atas tanah.
Langkah 3 (Tambahan / Digalakkan)
Berikut adalah tips mudah untuk memilih subjek untuk menghasilkan foto hitam & putih yang baik:
Tips untuk mengesan kekotoran atau habuk pada sensor anda; setkan aperture pada bukaan paling kecil dan rakamkan objek-objek yang terang (sebaik-baiknya berwarna putih) berulangkali. Di waktu siang, gunakan langit sebagai subjek manakala di waktu gelap/malam rakamlah kertas putih menggunakan flash. Muatturun gambar tersebut ke komputer. Sekiranya terdapat kesan tompokan hitam pada kedudukan yang sama bagi semua gambar; bermakna sensor kamera anda kotor.
Nabi S.A.W bersabda:
"Telah datang kepadaku utusan Tuhanku dan memberitahu, siapa yang membaca selawat untukmu dari umatmu satu kali maka Allah mencatat untuknya 10 hasanat dan menghapus daripadanya 10 dosa dan dinaikkan 10 darjat dan dijawab atasnya sesuai dengan selawatnya."
(Riwayat Ahmad)
Dari Aishah r.a katanya Nabi S.A.W bersabda:
"Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan ditulis baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah".
(Riwayat Bukhari & Muslim)