Pokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudicaadalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya.
Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri.
Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih.
Cara terbaik bagi menghapuskan Semalu adalah menarik pangkal pokok dengan menggunakan pengepit dan menarik sehingga ke akar umbi. Pokok yang dicabut perlu dimusnahkan agar tidak tumbuh sebagai pokok baru.
Khasiat dan manfaat untuk perubatan
Tumbuhan ini amat sesuai digunakkan untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid, ia juga berkhasiat dijadikan mandian dan bukan sebagai minuman.
Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu termasuk akarnya, bersihkan, kemudian masuk kedalam bekas (periuk) yang dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping, kemudian rebuskannya. Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biar airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandian.
Selain itu, ia dapat merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pesah-pecah kerana dimakan air. Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali, campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat. Seterusnya sapu bahagian yang terkena peyakit tersebut.
Tumbuhan ini dapat mengubati bengkak, luka dan bisul. Caranya adalah menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan (Curcuma domestica) dan kerak-kerak nasi (Terenia polygonaides).Kemudian tampal pada bahagian yang sakit. Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang, sebagai pelawas kencing, sakit perut, senggugut, malaria, lelah, tonik, sakit keputihan dan kusta. Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan deman. Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa.