Subjek yang menarik berada di sekeliling kita. Terpulanglah kepada kita untuk memilih yang mana paling sesuai untuk anda. Malangnya ada subjek yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat, tetapi sering dipinggirkan atas alasan kurang standard atau tidak cantik.

.

Ambil contoh daripada foto-foto tertera di atas. Bagi sesetengah antara kita, subjek ini mengotorkan dan tidak menarik untuk dirakam. Tetapi bagi sesetengah yang lain berpendapat ia boleh menjadi suatu subjek yang berkesan terhadap pemikiran manusia. Kumpulan pembersihan pembandaran ini paling penting sebenarnya dalam proses kehidupan seharian. Fikirkan, tanpa mereka, apa akan jadi kepada keindahan alam sekitar kita. Berapa ramai antara kita yang sanggup mengutip bungkusan yang kita sendiri buang? Siapa pula yang sanggup membersihkan kekotoran yang kita buat?

.

Pekerjaan pembersihan bandaran ini bukanlah kerja kotor, sebaliknya pekerjaan menguruskan yang mampu menghasilkan sumber pendapatan yang halal dan menguntungkan. Andai anda bercita-cita menjadi wartawan foto, subjek sebegini perlu dikerapkan pengambilannya kerana ia akan membantu kemahiran (skill) fotografi anda.