Membiasakan diri membuat 'cropping' melalui 'view finder' boleh menjadikan anda mahir dalam memilih subjek utama. Ia juga dapat memberikan anda peluang merakam lebih banyak foto dalam masa yang singkat.
Keseluruhan foto di atas dirakam dalam masa lebih kurang tujuh minit. Setiap satunya menggunakan 'focal length' yang berbeza-beza. Foto besar di bahagian tengah yang dirakam menggunakan 'focal length' 14mm (14-42mm) menunjukkan keadaan keseluruhan pemandangan matahari terbit dari sebuah jendela. Manakala foto-foto kecil telah dirakam dari tingkap yang sama menggunakan lensa-lensa berikut :
- Zuiko Digital ED 14-42mm F3.5-5.6
- Zuiko Digital ED 40-150mm F4.0-5.6
Antara Kelebihan membuat 'cropping' melalui 'view finder' berbanding menggunakan komputer :
- Andai anda memilih 'setting' pada kamera adalah 10.0MP (Mega Pixel), maka setiap foto yang anda rakam menggunakan teknik ini pastinya mempunyai resolusi yang sama iaitu 10.0MP juga.
- Kualiti imej digital adalah bergantung pada jumlah cahaya yang masuk melalui lensa. Andainya anda memilih 'mode : spot metering' (atau 'mode' yang lain) pada kamera; pastinya setiap foto yang dirakam menggunakan teknik ini mempunyai jumlah cahaya yang berbeza dan bacaan cahayanya adalah lebih tepat.
- Sekiranya anda ingin membuat cetakan pada skala besar, kebarangkalian memperolehi imej yang 'pecah' atau 'kasar' (akibat penggunaan resolusi foto yang rendah) adalah lebih minima. Maka hasilnya adalah lebih halus dan cantik.
Walau bagaimana pun, andai anda mempunyai kamera tanpa kemudahan 'focal length' yang berbagai atau tanpa kemudahan 'zooming'; 'cropping' di komputer adalah alternatif terbaik. Untuk tujuan ini, anda perlulah memilih 'setting' resolusi paling tinggi agar imej yang bakal anda 'crop' nanti tidaklah terlalu rendah kualiti resolusinya.