'Silhouette' adalah salah satu istilah dalam fotografi yang membawa maksud imej hitam gelap/pekat (mengikut bentuknya) yang berlatarbelakangkan imej yang cerah. Ia dihasilkan dengan meletakkan subjek 'silhouette' di antara kamera dan cahaya yang terang; kemudian membuat bacaan cahaya pada bahagian yang cerah dan membidik (focusing) pada bahagian yang gelap. Bidikan juga boleh di arahkan pada bahagian yang terang sekiranya inginkan subjek 'silhoutte' yang agak kabur. Ia bergantung kepada penggunaan 'aperture' serta kreativiti anda.