Kemunculan semula HDR dalam era digital kini sebenarnya telah menyelamatkan banyak imej yang selama ini dikategorikan sebagai rosak atau 'reject' kerana sebab-sebab yang berbagai. Sebagai contoh, imej pemandangan yang diambil antara jam 11.30 tengahari hingga 2.00 petang misalnya, adalah dianggap tidak sesuai dipamerkan kerana warnanya yang pudar.

HDR : Dataran Segamat

^ Imej Dataran Segamat ini diambil sekitar jam 12.30 tengahari.

Imej diatas telah disalin semula sebanyak 6 imej baru yang masing-masing mempunyai nilai dedahan (E.V) seperti di bawah. Setiap satunya dinamakan semula dengan nama yang berbeza.

+0.75
+0.50
+0.25
0
-0.25
-0.50
-0.75

Penghasilan imej berlainan nilai dedahan (E.V) seperti di atas boleh juga dibuat secara otomatik ketika mengambil gambar. Walau bagaimana pun jumlahnya bergantung kepada jenama dan model kamera. Bagi model kamera yang tidak mempunyai kebolehan secara otomatik, bolehlah gunakan cara manual. Contoh imej di atas dihasilkan dari 1 imej JPEG. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda disyor menggunakan imej berformat RAW. Kemudian, proses 'tone mapping' bersama 5 foto berlainan nilai dedahan (E.V) menghasilkan imej yang lebih menarik berbanding tanpa teknik HDR.
HDR : Dataran Segamat
^ Imej yang telah diproses menggunakan teknik HDR

Proses 'tone mapping' memainkan peranan besar dalam menghasilkan imej HDR. Dengannya anda boleh menghasilkan pelbagai suasana dari satu imej. Penghasilannya adalah bergantung penuh pada kreativiti seseorang.