Titisan air yang masih berada di hujung daun selepas hujan berhenti boleh dijadikan sub jek menarik sekiranya dirakam dari sudut yang sesuai. Kedudukan subjek yang berada di antara kamera dan sumber cahaya (matahari) ini mampu menonjolkan titisan air yang masih tinggal lebih-lebih lagi dengan penggunaan bukaan lensa (aperture) yang besar (nombor kecil); yang mampu mewujudkan 'bokeh' yang menarik.

'Bokeh' berasal dari perkataan jepun; bokeaji ???, yang bermaksud kabur. Ia merupakan istilah fotografi yang merujuk kepada penggunaan "luas jarak fokus" (depth of field) yang dangkal sehingga mewujudkan imej yang kabur sama ada di bahagian hadapan atau belakang atau kedua-duanya. Teknik ini kebiasaannya digunakan untuk menonjolkan subjek utama.

Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f6.3 | 1/125 | -0.7 E.V | 42 mm | ISO 200 | 16x9 (HD) | Adobe RGB