Kedua-dua istilah tersebut merujuk kepada satu subjek yang sama. Tetapi yang membuatkan perbezaannya adalah cara mana ia dipersembahkan. Sebuah kereta model tahun 60an misalnya; yang masih baik enjinnya tetapi cacat rupanya mungkin berlainan dari segi harga jika dibandingkan dengan model yang sama, yang masih baik rupanya tetapi rosak enjinnya.
Penghasilan karya fotografi sebenarnya bergantung juga kepada cara persembahannya. Andai foto di atas digandingkan dengan bahagian yang sama sebuah kereta mewah bersih berkilat berwarna emas, pasti cerita yang diga rap dari keduanya amat berbeza.
Andai foto di atas dicetak pada kertas, difremkan; satu menggunakan frem berbunga-bunga berwarna emas manakala yang lagi satu menggunakan frem kayu bersadur tanpa pengilat. Jika anda diberi peluang memilih, yang mana satu akan jadi pilihan? Yang pasti kedua-dua mempunyai maksud yang tersirat.
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f8 | 1/200 | -0.0 E.V | 42 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) | sRGB