Durian, tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan; adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, berbentuk bujur sehingga bundar dan boleh membesar sehingga 30 cm panjang dan berukurlilit 15 cm dengan berat antara 1 hingga 3 kg. Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut, diselitupi duri yang tajam, mencucuk, serta berbau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih. Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil "raja buah" oleh penduduk tempatan.
https://fauzi.fotografik.my/v18/index.php/editorial2/pengetahuanam2/68-durian#sigProGalleria228078f578
Pokok durian membesar sehingga ketinggian 50 meter dan buah durian boleh tergantung dari sebarang cabangnya. Pada kebiasaan, buah durian boleh mencapai berat 1 hingga 3 kilogram menjadikan ladang durian sebagai kawasan berbahaya pada musim durian. Sebiji durian jika jatuh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan kecederaan teruk atau membawa kepada kematian. Pada kebiasaan, pokok durian boleh berbuah selepas 4-5 tahun.
Nama saintifik durian perdagangan adalah Durio zibethinus. Buah durian lain yang boleh dimakan kadangkala terdapat di pasaran tempatan di Asia Tenggara. Nama saintifik spesies lain adalahDurio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis.
Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159.