Berikut adalah tips mudah untuk memilih subjek untuk menghasilkan foto hitam & putih yang baik:
- Subjek / Struktur : Pilihan subjek-subjek seperti bangunan lama (batu atau papan), bangunan baru tetapi kemasan cat pada dindingnya yang telah pudar atau mengelupas, jambatan kayu atau jambatan batu, pepohonan dan kenderaan usang boleh memberikan impak yang mendalam.
- Tekstur dan permukaan subjek : Pilihlah subjek yang mempunyai bentuk dan tekstur di dalamnya kerana ia dapat memberikan kedalaman dan bentuk dalam sesebuah foto.
- Ton warna dan warna kontras : Pilihlah subjek yang mempunyai ton warna yang terang dan kontras kerana warna-warna yang cerah dan pudar tidak mampu memberikan kedalaman seperti foto warna. Sebagai contoh, warna putih dan kuning tidak dapat dibezakan apabila diubah menjadi hitam dan putih.
- Cahaya dan bayang-bayang : Kedua-duanya amat penting dalam menghasilkan foto hitam dan putih. Gabungan kedua-duanya ini dengan permukaan yang bertekstur mampu menampilkan hasil yang lebih baik. Sebaik-baiknya buatlah rakaman di waktu pagi dan petang. Elakkan mengambil gambar di waktu tengahari.