Usah rasa rendah diri andai tidak mahir teknik HDR. Usah rendah diri andai tidak mahir Adobe Photoshop mahu pun Adobe Lightroom. Usah rasa malu untuk melaram hasil foto digital anda lebih-lebih lagi selepas berjinak-jinak dengan dunia kamera digital sama ada 'P & S' atau DSLR. Anda harus bangga dengan apa yang anda hasilkan. Pamerkan. Bincangkan. Kerana dengan cara tersebut nanti akan menjadikan anda seorang jurufoto yang lebih hebat dari sebelumnya.
Adakalanya suatu foto itu lebih baik, malah lebih menarik jika dipersembahkan dalam bentuk asal tanpa suntingan. Kerana dikhuatiri maklumat penting dalam penceritaan akan terpadam dek suntingan tersebut. Foto di atas sebagai contoh; ia adalah foto asal yang tidak disunting langsung. Hanya nisbah saiznya saja yang diubah dari '4:3' (Four Thirds) kepada '16:9' (Micro Four Thirds). Tetap menarik lebih-lebih lagi dengan suluhan sinaran matahari di permukaan dinding papan.
Spesifikasi Foto :
Olympus E-520 | f6.3 | 1/50 | 0.0 E.V | 14 mm | ISO 200 | 16x9 (HD) | Adobe RGB
Olympus FL-36R | TTL | Bounce
Gary Fong's Lightsphere II + Doom