Mendaki hingga ke puncak Ledang melalui Denai Ulu jementah bukanlah laluan popular bagi pendaki baik tempatan mahu pun luar negara. Pendakian yang bermula dari sempadan Kampung Ulu Jementah hingga ke puncak Ledang akan mengambil masa selama dua hari; melalui lima 'check point' (CP) iaitu Jeram Tinggi (CP 1), Tapak Perkhemahan Air Sedap (CP 2), Puncak Jementah (CP 3), Anjung Mahligai (CP 4) dan Gunung Mahlihai (CP 5).
https://fauzi.fotografik.my/v18/index.php/editorial2/pengetahuanam2/318-jeram-tinggi#sigProGalleriac4ede8fd9a
Jeram Tinggi terletak di laluan pedagangan (yang dikenali sebagai Laluan Sutera) antara pedagang Melaka dan pedagang Segamat suatu ketika dahulu. Jaraknya dari tempat letak kenderaan (sempadan Hutan Simpan) adalah 2.8 kilometer, manakala dari simpang utama Jalan Segamat - Muar adalah 6 kilometer. Anda hanya memerlukan sekitar 40 minit berjalan kaki untuk ke Air Terjun Jeram Tinggi.
https://fauzi.fotografik.my/v18/index.php/editorial2/pengetahuanam2/318-jeram-tinggi#sigProGalleria4a3a3e403b
https://fauzi.fotografik.my/v18/index.php/editorial2/pengetahuanam2/318-jeram-tinggi#sigProGalleriad6fa8c734c