Sudah menjadi tradisi bagi masyarakat Melayu di Malaysia, memasang pelita minyak tanah di sekeliling rumah ketika berada dalam bulan Ramadhan khususnya ketika 10 malam terakhir. Pelita yang sinonim dengan panggilan 'pelita raya', kebiasaannya dinyalakan selepas berbuka puasa dan dibiarkan menerangi laman sehingga pagi atau sehingga habis minyaknya.
Suatu ketika dahulu, pemasangan lampu raya ini sering dikaitkan dengan Malam Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.
Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin berbahaya kepada keselamatan diri lebih-lebih lagi pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.