Bagi merakamkan imej lanskap, kebiasaannya seseorang jurufoto akan memerlukan beberapa hari untuk menghasilkan imej yang benar-benar mampu membangkitkan keinginan orang lain atau pengunjung untuk mengunjungi lokasi tersebut. umpuan penelitian terhadap pencahayaan, sudut pengambaran serta suasana perlu diutamakan bagi penghasilan yang terbaik. Rakaman yang semberono bukan saja menjatuhkan kualiti foto malah mampu menjatuhkan air muka seseorang jurufoto.

Pun begitu ada ketika-ketikanya anda langsung tidak mempunyai beberapa hari untuk membuat penelitian atau lebih teruk lagi sekiranya anda merupakan salah seorang dari peserta lawatan sambil belajar dan hanya mempunyai masa sekitar 15 minit bagi setiap lokasi. Ia nampaknya agak mustahil lebih-lebih lagi ketika berada pada penghujung tahun. Anda tidak perlu gusar sebenarnya. Percayalah bahawa teknologi digital dewasa ini mampu menyelamatkan keresahan anda. Pelbagai perisian boleh digunakan sebagai medium pemprosesan foto bagi menghasilkan foto yang baik.

Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f7.1 | 1/250 | -0.0 E.V | 14 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) | sRGB