Seorang jurufoto seharusnya menuruti resmi lalang, walau dipotong, dicantas mahu pun dibakar, tumbuh tetap tumbuh. Diracun, lambat laun akan biasa dengan racun tersebut. Menjadi mahir dalam bidang fotografi memerlukan latihan berterusan. Perlu mencuba dan belajar dari usaha insan lain. Tidak perlu belajar dari kesilapan kerana kesilapan tersebut telah dilalui oleh orang yang terdahulu. Sebaiknya belajarlah dari pengalaman yang menarik. Buatlah rujukan dari pelbagai sumber khususnya di internet sama ada yang percuma mahu pun yang berbayar.
Hebat menguasai teori fotografi atau memiliki kamera jenama popular, atau kedua-duanya; belum tentu hebat dalam penghasilannya.
Spesifikasi Foto Utama : Olympus E-520 | f10 | 1/400 | -0.0 E.V | 14 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) | Adobe RGB