Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa subjek matahari terbenam adalah subjek yang paling digemari oleh kebanyakan jurufoto amatur hinggalah professional. Keindahan fenomena alam ciptaan tuhan ini tiada tolok bandingan. Penghasilan imej matahari terbenam sentiasa berbeza setiap detik, setiap hari, setiap masa walaupun anda berada di lokasi yang sama.
Berada di lokasi yang sama bukanlah bermaksud berdiri di atas satu tapak sahaja. Anda perlu berada di beberapa tapak yang lain. Melangkah beberapa tapak ke hadapan atau ke belakang atau ke kanan atau ke kiri akan memberikan anda peluang mendapatkan sudut pandangan yang berbeza. Hasil rakaman pun turut berbeza.
Foto di atas diambil selepas melangkah beberapa meter ke hadapan dari lokasi sebelumnya (foto di sebelah kanan), serta menjadikan pokok tanpa daun itu sebagai subjek utama. Sekiranya anda rujuk spesifikasi kedua-dua foto (di bawah), penggunaan "focal length" serta gabungan "aperture", "shutter speed" dan "E.V" mampu memberikan penghasilan yang berbeza.
Spesifikasi Foto Utama :
Olympus E-520 | f6.3 | 1/250 | -0.7 E.V | 137 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) |sRGB
Spesifikasi Foto Kecil :
Olympus E-520 | f7.1 | 1/160 | -0.7 E.V | 42 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) | sRGB