Membiarkan suasana matahari terbenam tanpa dirakam atas sebab ingin memilih detik yang sesuai bukanlah langkah yang bijak kerana matahari tidak memberikan apa-apa tanda atau petunjuk untuk itu. Rakamlah sekerap mungkin kerana setiap rakaman itu boleh digunakan kemudian hari dan yang lebih penting, anda mempunyai cukup foto ketika sesi pemilihan kelak.

Kedua-dua foto ini dirakam dari lokasi yang sama, dari atas jejantas yang terletak antara dua lokasi persimpangan berlampu isyarat. Secara tidak langsung, kewujudan lampu isyarat itu telah membantu dalam pengisian cerita bagi kedua-dua foto ini.

Foto tanpa kenderaan memberikan penceritaan bahawa jalan raya ini akan lengang ketika senja manakala foto dengan kenderaan memberi makluman bahawa laluan ini sentiasa sibuk dengan kenderaan walau pun ketika senja.

Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f5.6 | 1/80 | -0.7 E.V | 42 mm | ISO 400 | 16x9 (HD) | sRGB