Bukan semua yang dilihat cantik dengan sepasang mata mampu menandingi pandangan melalui lensa kamera. Secara semulajadi mata melihat dinding batu yang dipanah matahari, mata pedih (1). Telinga mendengar riuh rendah yang lalu lalang, telinga sakit (2). Hidung menghidu asap kenderaan, tekak pedih (3). Semua pancaindera melaporkan ke otak, otak kata "carilah tempat yang lain" (4).
Tetapi, andai otak mencelah sebelum ayat (2) bermula dengan mengatakan, "cuba lihat melalui lensa kamera", mungkin ayat (4) lebih panjang dari itu. Ayat (4) mungkin berbunyi begini: "Carilah tempat yang lain. Tapi sebelum itu, rakamlah setakat mana yang terdaya."
Apa yang cuba disampaikan di sini adalah perihal kesensitivitian enjin/cip pemprosesan imej dalam kamera digital mampu mentafsir setiap macro titik cahaya yang masuk melalui lensa. Imej-imej ini kemudiannya boleh disunting menggunakan pelbagai perisian berdasarkan titik-titik macro tersebut. Dan akhirnya, menghadirkan penghasilan yang tidak pernah digambarkan sebelumnya.
Walau apa pun keputusan tetap di tangan anda kerana penghasilan yang terbaik bergantung kepada "siapa yang di belakang kamera".
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f9 | 1/400 | -0.0 E.V | 14 mm | ISO 100 |16x9 (HD) | sRGB