Ramai yang berpendapat, untuk mendapatkan imej yang menarik seseorang jurufoto itu perlu melancong atau sekurang-kurangnya pergi ke suatu tempat yang jarang kita lawati. Malangnya pendapat itu tidaklah begitu tepat kerana imej yang menarik boleh dirakam di mana sahaja termasuklah di tempat yang tidak dijangka.
Andai anda seorang penoreh getah atau menjadikan kerjaya itu sebagai sumber pendapatan sampingan, perhatikanlah persekitaran kebuh getah anda kerana di sana terdapat terlalu banyak sumber bagi penghasilan fotografi. Sebagai contoh, suasana berkabus sekitar jam 8 pagi (foto di atas), suasana sekitar jam 10 pagi, embun di dedaunan, embun di sarang labah-labah, sarang labah-labah, pacat, ulat, getah yang mengalir, kulit pokok getah, kumbang, dedaun kering dan sebagainya.
Bukalah minda, gabungkanlah anugerah tuhan ini dengan kreativiti dan dapatkan penghasilan yang terbaik.
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f5.3 | 1/160 | -0.0 E.V | 119mm | ISO 100 | 4:3 | sRGB