Foto beberapa detik sebelum turunnya hujan yang lebat ini sebenarnya boleh menghasilkan hasil fotografi yang menarik lebih-lebih lagi selepas ia diproses menggunakan teknik dan perisian yang sesuai.
Foto yang dirakam di Parit Raja, Batu Pahat ini pada asalnya tidak begitu sesuai untuk dikongsi kerana warnanya agak mendatar, tidak menonjol serta tidak mempunyai perincian yang menarik. Ia lebih sesuai dipamer menggunakan medium foto hitam putih. Tetapi selepas diproses menggunakan teknik HDR, hasilnya tampak amat menarik khususnya perincian pada bahagian bentuk awan, permukaan jalan raya, bahagian belakang van dan dinding bangunan. Ia nampak lebih hidup serta mampu menonjolkan suasana sebenar.
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f3.5 | 1/250 | 14mm | ISO 400 | 16x9 (HD) | Adobe RGB