Bermainlah dengan api jika cara tersebut boleh membuat anda faham bagaimana untuk mengawal dan mengatasi situasi kebakaran. Proses untuk memadam kebakaran bukanlah semudah yang disangka. Perlu pastikan jenis api, jenis bahan bakar, keadaan dan situasi. Penyelesaian bagi kebakaran tangki minyak tidaklah sama dengan penyelesaian bagi kebakaran bangunan kediaman. Jadi sebelum berlaku kejadian, sebaiknya persediaan menghadapinya amat perlu.
Persediaan untuk merakam foto mempunyai persamaan dengan persediaan memadamkan kebakaran. Cuma subjeknya saja yang berbeza. Apa yang paling perlu adalah memahami fungsi-fungsi yang ada pada kamera yang anda gunakan. Penggunaan "Aperture" dan "Shutter Speed" adalah yang paling asas. Kemudian fahami juga fungsi "+/- E.V", ISO, format imej, format warna dan yang tidak kurang pentingnya pemilihan "focal length" yang sesuai.
Cara yang paling mudah untuk menguasai fungsi-fungsi asas tersebut adalah sentiasa mengambil gambar. Rakamkan apa saja walau kemana anda pergi termasuklah ke dalam 'tandas'.
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f7.1 | 1/160 | -0.0 E.V | 25 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) | sRGB