Keseronokan lantaran diberikan peluang dan kesempatan oleh Tuhan untuk merakamkan pemandangan yang indah adakalanya membuatkan kita terleka dengan apa yang terjadi di persekitaran. Mungkin ada yang lebih menarik untuk dirakam sedang berlaku di belakang kita.
Foto di atas dirakam beberapa detik sebelum foto kecil di sebelah kanan. Kenderaan berat yang dipandu secara berbahaya ini bukanlah satu subjek yang hebat, tetapi sekadar memberikan contoh betapa pentingnya seseorang jurufoto itu sentiasa peka dengan persekitarannya. Di lokasi ini sekitar 60 keping gambar telah dirakam menggunakan teknik fotografi yang pelbagai. Walaupun pemandangannya hampir-hampir sama tetapi ternyata kepuasannya agak berbeza. Lebih-lebih lagi ketika kerja-kerja menyunting.
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f5.6 | 1/80 | -0.7 E.V | 42 mm | ISO 400 | 16x9 (HD) | sRGB