Berurusan dengan alam bererti kita harus mengikut rentak alam. Secara semulajadi, angin bertiup mengikut arah yang telah diaturkan Tuhan. Siapalah manusia untuk mengawal arah tiupan angin. Tetapi keadilan hukum Tuhan terhadap manusia melalui akal memberikan kita peluang untuk mengikut rentak alam.
Banyak efek yang melibatkan unsur tiupan angin yang mampu kita lihat dan rakam. Tiupan angin pada pokok, pada permukaan air, pada pasir-pasir, juga pada asap cantik untuk dirakam tetapi harus bersedia dengan sudut yang selamat tetapi menarik.
Memastikan arah tiupan angin amat perlu dalam beberapa keadaan termasuklah ketika merakam hidupan liar, merakam peristiwa kebakaran, rakam persembahan bunga api, merakam kehadiran asap, merakam dalam kabus, merakam dalam hujan dan pelbagai keadaan lagi.
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f5 | 1/100 | -0.0 E.V | 14 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) | sRGB