Persoalan dalam memilih jenama dan model kamera terbaik tidak pernah sampai ke titik nokhtah. Masing-masing bertegang urat menyokong jenama pilihan, berkempen menonjolkan kehebatan model kamera yang erat dalam genggaman.
Andai diberi peluang menjawab persoalan tersebut, jawapan yang paling mudah adalah "bergantung kepada keperluan". Pun begitu, penghuraian kepada jawapan pendek tersebut agak sedikit panjang dan kebiasaannya akan dimulakan dengan soalan berikut: Untuk apa kamera tersebut akan digunakan? Soalan berikutnya bergantung kepada jawapan bagi soalan yang pertama. Soalan dan jawapan akan berterusan sehinggalah mencecah soalan yang terakhir.
Selalunya soalan yang paling akhir ialah: Berapa bajet atau peruntukannya?
Spesifikasi Foto : Olympus E-520 | f4.5 | 1/800 | -0.0 E.V | 14 mm | ISO 100 | 16x9 (HD) | Adobe RGB