Sinaran matahari yang menembusi awan atau yang menyusur di celah-celah awan ada ketika-ketikanya begitu menarik dan sukar untuk dilupakan. Ada kalanya kita lihat suasana sebegitu ketika berada di padang, di pantai, ketika menaiki kenderaan atau ketika berada di pejabat. Kebiasaannya suasana yang indah ini dapat dilihat di waktu pagi atau di waktu petang.