Flora dan fauna adalah sebahagian daripada kehidupan kita dan ianya telah menjadi subjek dalam penghasilan imej fotografi sejak sekian lama. Pepohon yang merendang misalnya, bukan saja dapat mendamaikan malah boleh juga menakutkan. Ia boleh menjadi bahan kajian para saintis, boleh juga menjadi bahan seni peminatnya. Penghasilannya bergantung penuh kepada tahap kreativiti masing-masing.