Dunia Kamera, Mac 2012, ms32

Kamera : Pentax K-5 | 27mm, f/22, 1/30s, -0.7ev, ISO 1000

Ini adalah satu daripada puluhan jambatan kayu tanpa 'dinding' yang terdapat di daerah Batu Pahat, Johor. Sebilangan besar jambatan kayu yang berusia puluhan tahun ini telah dikategorikan sebagai tidak selamat untuk laluan semua jenis kenderaan. Hampir kesemuanya kini tidak lagi digunakan kerana telah digantikan dengan jambatan batu bantuan kerajaan. Hanya menanti reput sendiri.