Ruang aktif adalah ruang antara bahagian hadapan atau muka subjek dan sisi foto. Secara simboliknya, ruang aktif membenarkan subjek meneruskan pergerakan melalui ruang kosong dihadapannya.

Bertentangan dengan ruang aktif disebut sebagai ruang mati. Secara simboliknya juga, ruang mati memberikan halangan untuk subjek meneruskan pergerakan. Kebiasaannya subjek yang sebegini dianggap tidak menepati komposisi asas foto (kecuali dinilai dari sudut fotografi lain seperti fotografi seni halus).

Ketiga-tiga foto berikut adalah contoh penggunaan ruang aktif dalam pelbagai keadaan dan suasana.

Ruang aktif bagi foto pertama adalah jelas. Ketiga-tiga olahragawan diberikan ruang untuk meneruskan larian.

Foto kedua juga jelas, individu yang memimpin doa diberikan ruang aktif dihadapannya.

Manakala foto ketiga, nampak seperti berada pada kedudukan ruang mati, tetapi sebenarnya ia juga mempunyai ruang aktif berdasarkan arah wajahnya.