Selain 'Rule Of Thirds' (ROT), kaedah 'Diagonal Rule' juga boleh digunapakai untuk mendapatkan kesan yang baik dalam penghasilan satu-satu foto. Penggunaannya tidak terhad kepada kedudukan subjek utama (main subject) sahaja, tetapi juga boleh digunakan kepada subjek kedua atau subjek sokongan (secondary subject).

Cendawan

Foto 1 : Subjek utama (jurufoto) diletakkan pada kedudukan menyerong (diagonal) dari kiri atas ke kanan bawah.

Foto 2 : Subjek sokongan (celahan batu & ranting) diletakkan pada kedudukan menyerong (diagonal) dari kanan atas ke kiri bawah.