Pesanan Ikhlas
Andai seseorang yang tak dikenali minta untuk diambil gambarnya; janganlah hampakan permintaan itu. Mungkin itu adalah gambar terakhirnya.



Ruang aktif adalah ruang antara bahagian hadapan atau muka subjek dan sisi foto. Secara simboliknya, ruang aktif membenarkan subjek meneruskan pergerakan melalui ruang kosong dihadapannya.

Bertentangan dengan ruang aktif disebut sebagai ruang mati. Secara simboliknya juga, ruang mati memberikan halangan untuk subjek meneruskan pergerakan. Kebiasaannya subjek yang sebegini dianggap tidak menepati komposisi asas foto (kecuali dinilai dari sudut fotografi lain seperti fotografi seni halus).

Ketiga-tiga foto berikut adalah contoh penggunaan ruang aktif dalam pelbagai keadaan dan suasana.

Ruang aktif bagi foto pertama adalah jelas. Ketiga-tiga olahragawan diberikan ruang untuk meneruskan larian.

Foto kedua juga jelas, individu yang memimpin doa diberikan ruang aktif dihadapannya.

Manakala foto ketiga, nampak seperti berada pada kedudukan ruang mati, tetapi sebenarnya ia juga mempunyai ruang aktif berdasarkan arah wajahnya.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:
"Tidak ada seorang anak pun yang dilahirkan, melainkan dia dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
(Sahih Bukhari)

Dari Aishah r.a katanya Nabi S.A.W bersabda:
"Tidak seorang yang mengerjakan sembahyang pada waktu malam lalu digagahi sehingga tertidur, melainkan ditulis baginya pahala sembahyang dan tidurnya itu adalah sedekah".
(Riwayat Bukhari & Muslim)

1622393
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sejak 05.03.2017
414
581
1702
12381
18707
1622393

IP Anda : 216.73.216.172
16-12-2025 20:09

Galeri Peristiwa

Catatan Fotografer

Pengetahuan Am

Go to top