Pesanan Ikhlas
Andai seseorang yang tak dikenali minta untuk diambil gambarnya; janganlah hampakan permintaan itu. Mungkin itu adalah gambar terakhirnya.



Ladang bendi di Bekok, Segamat.

'Rule Of Thirds' bukanlah perkara asas (utama) dalam bidang fotografi, namun ia sering menjadi panduan hampir sebilangan besar peminat fotografi khususnya berkaitan lanskap.

Melanggar panduan ini tidak juga menjadi satu kesalahan kerana ada ketika-ketikanya ia tidak sesuai digunakan khususnya berkaitan kewartawanan foto.

Sebagai panduan, berikut adalah contoh pemilihan subjek menggunakan kaedah 'rule of thirds'. Kebiasaannya kedudukan garisan melintang sama ada di bahagian 1/3 dari bawah atau 2/3 dari bawah adalah untuk kedudukan garisan kaki langit (horizon).

Jika anda ingin  menunjukkan lebih banyak bahagian tanah atau air (laut, sungai atau tasik), letakkan garisan kaki langit pada kedudukan 2/3 dari bawah. Rujuk foto bawah.

Jika anda ingin menunjukkan lebih banyak bahagian langit dan awan, letakkan garisan kaki langit pada kedudukan 1/3 dari bawah. Rujuk foto bawah.

Kemudian tempatkan subjek seperti pokok, tiang, garisan dan seumpamanya pada kedudukan 1/3 dari kiri atau 2/3 dari kiri atau kedua-dua bahagian bergantung kepada kreativiti anda. Sebaik-baiknya berada pada titik pertemuan garisan melintang dan menegak (4 tempat kesemuanya).

Dari Abu Hurairah r.a katanya::
"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia."
(Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya::
"Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka utamakanlah kerana agamanya nescaya engkau bahagia."
(Sahih Muslim)

1586670
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sejak 05.03.2017
360
509
2679
14682
16223
1586670

IP Anda : 216.73.216.140
22-10-2025 22:15

Catatan Fotografer

Go to top