Pesanan Ikhlas
Andai seseorang yang tak dikenali minta untuk diambil gambarnya; janganlah hampakan permintaan itu. Mungkin itu adalah gambar terakhirnya.



Salah satu faktor untuk mendapatkan imej yang menarik adalah dengan memilih sudut (angle) rakaman yang sesuai. Artikel sebelumnya (Sentiasa Bersedia!) boleh dijadikan panduan tambahan bagi tajuk artikel ini.

Jangan malu-malu untuk memerhatikan orang lain. Kemudian fikirkan pula pandangan dari sudut yang berbeza. Fikirkan bagaimana pandangan kanak-kanak (sudut lebih rendah). Fikirkan pandangan dari mata burung (sudut yang tinggi atau lebih tinggi), pandangan orang di belakang kita (belakang jurufoto), pandangan orang di depan kita (dibelakang subjek) dan jangan sekali-kali lupa kaitkan apa yang ada untuk menguatkan maklumat yang hendak disampaikan dalam foto itu nanti.

Foto pertama dirakam dari sudut yang lebih tinggi (sama tinggi dengan pentas pendeklamasi sajak), sudut yang ketika itu agak sukar untuk dinaiki. Waktu ini, kesemua jurufoto yang ada tertumpu di hadapan pendeklamasi sajak. Sudut yang mereka ambil berlatarbelakangkan 'banner' yang tertera di pentas VIP. Amat jelas menunjukkan suasana ketika itu. Pun begitu, menyedari akan wujudnya 'banner' yang tergantung pada belon, pandangan dari sudut yang bertentangan juga mampu menyampaikan suasana ketika itu. Bersiap sedia dan nantikan detik yang sesuai.

Foto yang kedua pula dirakam dari sudut bawah ke atas. Ia bertujuan untuk menggabungkan perasmi dengan kumpulan belon yang baru dipotong talinya. Bagi yang punya lensa bersudut lebih luas (super wide angle lens), merakam dari sudut biasa (pandangan orang dewasa) boleh menampakkan semua itu. Namun yang hanya ada 'wide angle lens', pemilihan sudut pandangan amat penting.

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasullullah S.A.W bersabda:
"Syurga dikelilingi dengan segala hawa nafsu dan neraka dikelilingi oleh segala yang disukai hawa nafsu".
(Sahih Muslim)

Berita dari Anas r.a mengatakan bahawa Nabi S.A.W bersabda:
"Siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan ditunda ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

1246968
Hari ini
Semalam
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lalu
Sejak 05.03.2017
147
295
927
5050
9002
1246968

IP Anda : 3.133.128.39
17-05-2024 07:20

Galeri Peristiwa

Catatan Fotografer

Pengetahuan Am

Go to top