Gunting hujung rambut bayi

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia sempena 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat. Sesetengah tempat memangil adat Melayu ini sebagai:

  • Endoi di Kedah;
  • Naik buaian di sekitar Kampung Gajah dan Perak Tengah.

Antara acara semasa majlis cukur jambul ialah :

  • Menyembelih kambing atau lembu Aqiqah. Daging dimasak dan dimakan bersama-sama dalam kenduri tersebut. Ayam tidak boleh dijadikan aqiqah.
  • Barzanji atau Marhaban : satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad S.A.W.
  • Bayi didukung dan diarak berkeliling tetamu lelaki yang sedang membaca Barzanji di ruang anjung rumah .
  • Beberapa tetamu penting seperti datuk kepada bayi, imam dan ketua kampung akan merestui dan mengusap jambul atau kepala bayi tersebut.

Beberapa bahan semasa majlis cukur jambul ialah:

  • Sedulang bunga rampai;
  • Sebiji kelapa muda : kelapa tersebut dibelah dan airnya jangan dikeluarkan;
  • Beberapa helai daun tertentu, termasuklah daun sirih alat perenjis;
  • Beras berwarna kuning (telah dilumur dengan kunyit);
  • Beras putih;
  • Air wangi (jika ada, sebagai pembaharuan);
  • Bunga telur : untuk diberi kepada setiap tetamu. Biasanya tetamu lelaki diberi keutamaan.